ARTIKEL

Sukan Para Asia (APG) 2022: Muhamad Nurdin atlet terakhir sumbang pingat untuk negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HANGZHOU: Kontinjen negara mengakhiri temasya Sukan Para Asia (APG) 2022 dengan menambah satu kilauan pingat gangsa menerusi atlet olahraga Muhamad Nurdin Ibrahim dalam acara 1500 meter (m) lelaki T20 (kecacatan fizikal) hari ini.

Atlet berusia 26 tahun itu merupakan atlet terakhir negara beraksi di APG, menceriakan kem Malaysia apabila menamatkan saingan pada kedudukan ketiga dengan catatan empat minit dan 19.95 saat (s) pada aksi berlangsung di Stadium Pusat Sukan Huanglong, sekali gus menyumbang pingat ke-39 kontinjen secara keseluruhan.

“Alhamdulillah dengan kejayaan pingat ini. Ini merupakan penampilan pertama saya di APG di sini dan tak sangka boleh dapat pingat.

“Terima kasih saya ucapkan kepada ibu bapa khususnya serta jurulatih yang banyak memberi sokongan dan semangat selama ini,” katanya kepada Bernama.

Pingat emas dan perak masing-masing diraih wakil Jepun Kenta Okawachi (4:05.12s) dan Daisuke Nakagawa (4:06.35s).

Pingat gangsa Muhammad Nurdin menyaksikan kontinjen menutup saingan di Hangzhou dengan tujuh pingat emas, 15 perak dan 17 gangsa.

Majlis penutup temasya APG 2022 akan berlangsung malam ini.

— BERNAMA

BERITA LAIN

Jadual Padat Lima Kejohanan Uji Kuching City

KUCHING: Jadual padat membabitkan lima kejohanan serentak menjadi antara cabaran terbesar Kuching City FC musim ini apabila tempoh pemulihan yang singkat memaksa The Cats melakukan

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan