ARTIKEL

Karim ketika ditemui pada persidangan DUN Sarawak, di sini, hari ini. (FOTO: GHAZALI BUJANG)

Sukan SEA 2027: 18 acara sukan dipertandingkan di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelaksanaan Sukan SEA hanya menunggu keputusan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mengumumkannya.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pihak KBS yang bertanggungjawab untuk Sukan SEA kelak.

“Sarawak menyatakan komitmen untuk menjadi penganjur bersama dan perkara ini dibawa ke kabinet.

“Bagi komitmen kewangan, dianggarkan sebanyak RM350 juta dan ini bukan jumlah yang sedikit,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau turut memberitahu bahawa Sabah dan Pulau Pinang turut menunjukkan minat mereka untuk menjadi penganjur bersama.

“Sekiranya, Sabah menarik diri, ia tidak menjejaskan sukan ini kerana bilangan sukan kita dibahagi sama rata dengan persekutuan iaitu 18 sukan, namun ia dibincangkan semula kelak.

“Manakala, bagi Pulau Pinang, difahamkan mereka hanya mahu satu sukan,” jelasnya.

Terdahulu, Karim dalam ucapan penggulungannya memberitahu bahawa kejayaan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang diadakan di Sarawak memberi manfaat jangka panjang.

Ini termasuklah dari segi menambah baik perancangan, logistik. Infrastruktur dan kesediaan untuk acara serantau pada masa hadapan seperti Sukan SEA dan Sukan Borneo.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah