ARTIKEL

Kredit: FB MPL Malaysia

Sukan SEA: Skuad MLBB wanita negara cipta sejarah rangkul emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK: Skuad Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) wanita negara mencipta sejarah apabila meraih pingat emas pertama Malaysia dalam acara e-sukan itu selepas menewaskan Filipina pada perlawanan akhir di Universiti Chulalongkorn di sini, semalam.

Pasukan kebangsaan yang dibarisi Qurratul Ain Nurfarisha Nizam, Afrina Balqis Ibdhi Har Ali, Hanis Wahidah Dashuki, Queenie Lim dan Sharifah Alia Husna Syed Fakrrurozi menampilkan aksi cemerlang untuk menundukkan pasukan pilihan Filipina 4-3.

Kejayaan itu merupakan pingat emas sulung Malaysia dalam acara MLBB wanita sejak ia dipertandingkan pada Sukan SEA Phnom Penh 2023, apabila skuad negara ketika itu sekadar meraih pingat gangsa.

Ia juga menandakan pingat emas pertama negara dalam acara MLBB sejak permainan tersebut diperkenalkan pada Sukan SEA Manila 2019.

Selain itu, kemenangan berkenaan menjadi pingat emas pertama Malaysia dalam acara e-sukan sejak edisi 2019, apabila Dr Yew Weng Kean memenangi acara Hearthstone.

Terdahulu, skuad MLBB lelaki negara terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas 0-4 kepada Filipina pada perlawanan akhir. — Bernama

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha