KALI pertama seseorang itu menghisap rokok ibarat tiada jalan kembali bagi mereka kerana sukar untuk membuang ketagihan tersebut.
Tabiat ini nyata mengundang masalah bagi diri sendiri termasuk orang lain di sekeliling mereka, namun seperti diendahkan.
Sebagai perokok, sukar untuk saya mahupun yang lain untuk berhenti meskipun tahu akan kesan sampingannya, selain sering dinasihatkan oleh mereka dalam bahagian perubatan.
Salah satu sebab sukar untuk berhenti merokok adalah disebabkan ketagihan nikotin, kandungan yang terdapat dalam produk tembakau yang menyebabkan perokok ketagih.
Nikotin merangsang pembebasan dopamin di dalam otak, mewujudkan satu sensasi yang menyumbang kepada sifat tabiat merokok.
Berhenti merokok selalunya menyebabkan seseorang perokok menghadapi gejala penarikan diri, rasa gelisah, tidak senang duduk, kebimbangan dan keinginan.
Gejala-gejala ini boleh menjadi penghalang dan menyebabkan lebih sukar bagi individu untuk membebaskan diri daripada kitaran ketagihan.
Selain itu, aspek kebiasaan merokok yang berkait dengan aktiviti atau persekitaran tertentu, menambah satu lagi lapisan kerumitan kepada proses berhenti merokok.
Pengaruh sosial dan tekanan rakan sebaya boleh menjadi halangan yang ketara.
Perokok mungkin berasa sukar untuk menahan keinginan untuk merokok apabila dikelilingi oleh rakan atau ahli keluarga yang terlibat dalam tabiat itu.
Selain itu, normalisasi merokok dalam kalangan sosial tertentu boleh membuat individu teragakagak untuk berhenti kerana takut akan pengecualian atau penghakiman sosial.
Ramai perokok bergelut dengan aspek psikologi berhenti merokok, menghadapi tekanan, kemurungan atau rasa kehilangan.
Merokok sering berfungsi sebagai mekanisme mengatasi dan cara alternatif untuk menguruskan tekanan menjadi penting semasa perjalanan berhenti.
Justeru mewujudkan tabiat baharu yang lebih sihat boleh menjadi komponen utama percubaan berhenti merokok berjaya.
Bagaimanapun, produk tembakau ketika ini amat mudah didapati di pasaran kerana ada-ada sahaja rokok murah atau rokok seludup dijual di kedai runcit dan sebagainya.
Ini mendatangkan cabaran kepada perokok bahkan kepada pihak berkuasa dalam usaha mereka membendung penjualan rokok seludup.
Meskipun kerajaan dalam kempen berhenti merokok serta peraturan larangan merokok dalam restoran dan kedai makan, sikap acuh tak acuh masyarakat akan rokok sukar untuk ditangani.
Mungkin generasi kini mengambil masa untuk berhenti merokok, namun generasi pada masa akan datang perlu ditegah daripada mengambilnya.
Kerajaan perlu bersikap teguh dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok demi kesihatan masyarakat.
Ini agar mereka yang lahir pada tahun 2007 dan seterusnya tidak menyentuh rokok ataupun mengambil vape.



