ARTIKEL

Abdul Karim (kiri) dan isteri merakam kenangan bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (dua kiri), serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang (dua kanan). - Foto: Ghazali Bujang

SUKMA 2024: Atlet Sarawak dinasihatkan berjaga-jaga ketika berlatih, elak sebarang kecederaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Para atlet SUKMA Sarawak dinasihatkan agar berhati-hati semasa membuat latihan bagi mengelak berlakunya sebarang kecederaan menjelang temasya SUKMA 2024.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata salah seorang pelumba wanita harapan Sarawak telah mengalami kecederaan dan luka ringan pada bahagian pipi pada Selasa lepas.

“Beliau yang merupakan satu-satunya atlet harapan kita telah mengalami kecederaan.

“Oleh itu, saya menasihatkan atlet-atlet kita yang sedang giat berlatih masa ini supaya berhati-hati.

“Kita tidak mahu atlet-atlet kita menghadapi masalah kecederaan menjelang SUKMA,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Premier Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), semalam.

Sementara itu, Abdul Karim menjelaskan bahawa persediaan bagi SUKMA berjalan dengan lancar dan mesyuarat akan diadakan pada 30 April ini untuk membincangkan isu-isu yang dihadapi supaya SUKMA dapat diurus dengan baik.

Jelasnya, mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh, yang akan dihadiri semua exco sukan negeri.

Mengulas mengenai peruntukan bagi SUKMA yang dipohon oleh kementeriannya, Abdul Karim memberitahu mereka tidak memohon jumlah khusus.

“Kita akan memaklumkan berapa jumlah kos baik pulih dan sebagainya untuk penganjur.

“Kita berharap dengan pembentangan tersebut, Kerajaan Persekutuan dapat menampung sedikit bagi membantu meringankan beban kita.

“Kita biarkan pihak kementerian yang menentukan,” katanya lagi.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU