ARTIKEL

MENANG…Emylia Lynn Ghazali (kiri) ketika memenangi EFC Singapura.

SUKMA 2026: Mia Ghazali Fokus Pingat Emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Emylia Lynn Ghazali, 15, dari Rentap Muay Thai Gym terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kemenangan pada acara EFC di Singapura.

Selepas mempamerkan prestasi cemerlang di Singapura, Emylia atau lebih dikenali sebagai Mia Ghazali kini mengalihkan tumpuannya kepada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 yang akan berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos depan.

Bintang muda itu akan meneruskan program latihan intensif di Rentap Muay Thai Gym sebagai persediaan untuk menghadapi temasya dwitahunan negara itu.

Dengan tempoh sebulan lagi, Mia bertekad memberikan persembahan terbaik dan cuba untuk merangkul pingat emas buat Sarawak.

Kemenangan terbaharunya di EFC menjadi pencetus semangat selain meningkatkan keyakinan diri menjelang fasa akhir persiapan.

Tempoh masa yang ada akan dipergunakan dengan sebaik mungkin oleh Mia untuk meningkatkan prestasi dirinya bagi membawa harapan rakyat Sarawak dengan penuh bangga ke gelanggang pertandingan sebenar.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU