SELANGOR: Atlet boling padang Sarawak, Dayang Nur Alia Sharmiela Abang Gadisa berjaya melangkah ke peringkat suku akhir selepas mengenepikan wakil dari Kedah, Puteri Nur Annisa Sofea dengan kemenangan bergaya (21-10) pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Boling Padang Bayu Emas sebentar tadi.
Mekipun diberi tentangan cukup sengit diawal perlawanan.
Namun, ketenangan Nur Alia mengatasi tekanan tersebut berjaya menjurus kemenangan bergaya terbabit.
“Syukur kerana berjaya memenangi perlawanan tersebut. Memang diawal saingan saya diberi tentangan oleh lawan.
Namun, berjaya mengatasi situasi tersebut,” ujar Dayang Nur Alia kepada Arena Suara Sarawak.
Presiden Persatuan Boling Padang Sarawak (SALBA), Nuruljumaniza Tuah menzahir rasa gembira terhadap Dayang Nur Alia atas kemenangan diperoleh itu.
“Kita lihat diawal saingan beliau diberi tentangan sengit oleh pemain lawan.
“Mujurlah tekanan tersebut dapat diatasi dengan begitu mudah,” tegas Nuruljumaniza.
Beliau memberitahu, aksi suku akhir akan berlangsung digelanggang sama petang esok.



