SELANGOR: Persatuan Taekwondo Sarawak berbangga dengan pencapaian skuadnya yang membawa pulang tujuh pingat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026.
Presiden Persatuan Taekwondo Sarawak, Haji Azizul Annuar Adenan berkata, kontinjen itu meraih empat pingat emas, satu perak dan dua gangsa, sekali gus melepasi sasaran awal tiga emas.
“Saya berasa amat bangga dengan pencapaian skuad Taekwondo Sarawak kali ini.
“Kita berjaya membawa pulang empat pingat emas, iaitu lebih satu daripada sasaran yang ditetapkan,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.
Menurut Azizul, pihaknya tidak menjangka barisan atlet mampu melepasi sasaran berkenaan.
“Kelebihan satu pingat emas daripada sasaran kita adalah bonus.
“Semoga kecemerlangan ini menjadi pencetus semangat kepada atlet lain yang akan bertanding selepas ini,” katanya.
Azizul turut mengucapkan tahniah kepada skuad Judo Sarawak yang berjaya menyumbang pingat emas pada hari terakhir kejohanan.



