ARTIKEL

Obor Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 dibawa Timbalan Presiden Akuatik Malaysia (MAS) Marilyn Chua pada Perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-22 dan Para SUKMA Selangor 2026 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. | Bernama

SUKMA Selangor 2026 buka tirai penuh meriah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Upacara perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) dan Sukan Para Malaysia (Para SUKMA) 2026 berlangsung meriah di Dataran Kemerdekaan Shah Alam semalam, sekali gus menandakan Selangor kembali menjadi tuan rumah selepas 28 tahun.

Majlis perasmian disempurnakan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari serta barisan kepimpinan kerajaan negeri dan tetamu kehormat.

Upacara menaikkan bendera Sukan Malaysia (SUKMA) berlangsung penuh simbolik pada Perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-22 dan Para SUKMA Selangor 2026 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Edisi ke-22 itu menyaksikan lebih 5,000 atlet muda daripada 15 kontinjen bersaing memburu 468 pingat emas dalam 37 jenis sukan sehingga 24 Ogos ini, dengan perarakan kontinjen dimulakan Johor dan diakhiri tuan rumah Selangor.

Majlis turut menyaksikan upacara menaikkan bendera SUKMA, bacaan ikrar atlet serta perarakan obor yang dibawa Timbalan Presiden Akuatik Malaysia Marilyn Chua, bekas perenang negara yang pernah mewakili Malaysia pada Sukan Olimpik Sydney, bersama bekas gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi dan perenang Andrew Goh.

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengibarkan bendera Selangor sambil menyaksikan perarakan kontinjen negeri itu pada Perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-22 dan Para SUKMA Selangor 2026 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Acara pembukaan dimeriahkan persembahan kebudayaan serta artis tempatan termasuk Azlan & The Typewriters, Balan Kash, Jaclyn Victor, Nadeera Zaini, Caliph Buskers dan Ayai Ilusi. Pada SUKMA Sarawak 2024, Sarawak muncul juara dengan 76 emas, diikuti Wilayah Persekutuan 75 emas dan Selangor 56 emas seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan

BERITA TERBARU

Perintah Sarawak melanja sekula anak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg datai bejadi Pengawa Nyua Pemer i Perintah Sarawak ngagai waris staf Servis L utur

XPDC Bario 375km meri pengelantang

KUCHING: Pengeransing Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ngabas jalai menua ulu nengah XPDC 1.0 Bario ba taun 2025 dipuji komuniti Kenyah enggau