ARTIKEL

Abdul Karim (lima kanan) bersama Hannah Yeo (empat kiri), Norza Zakaria (lima kiri) bergambar bersama pegawai tertinggi lain.

SUKMA XXI 2024: 488 acara akan dipertandingkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) secara rasmi bersetuju menawarkan penganjuran sejumlah 488 acara bagi temasya SUKMA XXI Sarawak 2024 yang dijadual berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos nanti.

Cawangan Komunikasi Korporat Majlis Sukan Negara (MSN), menerusi satu kenyataan media, memaklumkan acara-acara tersebut terbahagi kepada 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 acara campuran atau terbuka melibatkan 37 jenis sukan.

Acara-acara yang dipertandingkan itu nanti diputuskan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, semalam.

Setiap acara perlu menyaksikan penyertaan minimum atlet dari enam negeri untuk ianya dipertandingkan.

Temasya SUKMA edisi ke-21 kali ini akan dilangsungkan di sembilan bahagian seluruh Sarawak iaitu Kuching dengan 25 jenis sukan, Kota Samarahan (dua), Serian (satu), Sri Aman (satu), Betong (satu), Sibu (tiga), Mukah (tiga), Bintulu (tiga) dan Miri (enam) bagi memastikan kemeriahannya dapat dirasai rakyat di seluruh Sarawak.

Penganjur juga telah mengenal pasti lima Perkampungan Sukan utama untuk menempatkan atlet-atlet daripada 15 kontinjen yang bertanding, iaitu di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Kota Samarahan, Kolej Laila Taib di Sibu, UiTM Kampus Mukah, UPM Kampus Bintulu dan IKBN Miri.

Antara isu lain yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tertinggi SUKMA pada mesyuarat semalam melibatkan sebanyak 108 pertindihan pendaftaran atlet yang telah diselesaikan oleh MSN dan Sekretariat SUKMA XXI Sarawak 2024 menerusi persetujuan bersama antara kontinjen negeri yang terlibat.

Dalam pada itu, Sekretariat Sarawak menetapkan Detik 100 Hari menjelang SUKMA XXI Sarawak 2024 akan dilangsungkan pada 9 Mei ini dan disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Hadir sama pada mesyuarat itu semalam ialah Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu, Ketua Pegawai Eksekutif, Jawatankuasa Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 Sarawak, Datuk Hii Chang Kee, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Morshidi Fredrick, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan serta beberapa pegawai dari KBS.

BERITA LAIN

Bekas wartawan penyiaran Sarawak meninggal dunia

KUCHING: Bekas wartawan penyiaran dari Sarawak, Datuk Affandi Tahir, meninggal dunia di kediamannya di sini semalam. Menurut laporan TVS hari ini, berita pemergiannya disahkan oleh anaknya, Faisal

BERITA TERBARU