ARTIKEL

PERIKSA...Datuk Gerald Rentap (tengah) bersama-sama yang lain memeriksa permukaan gelanggang terbabit. - FOTO ALIF NONI

SUKMA XXI 2024: Gelanggang boling padang siap hujung bulan ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerja-kerja menaik taraf gelanggang di Arena Boling Padang, Petra Jaya berjalan lancar dan dijangka siap sepenuhnya penghujung Julai ini.

Itu jaminan Perunding Kejuruteraan Awam dan Struktur, Perunding Azra, Hafizdzul Syarfuzzan ketika memberi penerangan kepada Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu yang hadir melakukan tinjauan di gelanggang berkenaan petang tadi.

Jelas Hafidzul, pengubahan gelanggang boling padang di arena terbabit menggunakan permaidani terbaik bertaraf dunia.

Ia sekali gus menyaksikan gelanggang berkenaan yang pertama di Borneo ketika ini.

“Dengan adanya gelanggang seperti ini, Sarawak sudah boleh menganjur kejohanan bertaraf dunia selepas ini,” kata Hafizdzul.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU