ARTIKEL

Rentap (dua kanan) mendengar penerangan daripada Dr Mohd Shafiq (dua kiri) ketika melakukan tinjauan di Stadium Sarawak, Petra Jaya.

SUKMA XXI 2024: Kesemua gelanggang diyakini dapat disiapkan ikut jadual

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KICHING: Sarawak mempunyai pelan ‘B’ untuk mengubah venue andai kata gelanggang yang kini dalam proses pembinaan tidak menepati kriteria yang ditetapkan oleh jawatankuasa tertinggi
serta gagal disiapkan oleh pihak kontraktor bagi kegunaan atlet pelbagai kontinjen pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu, menjelaskan bahawa usaha ke arah itu berada dalam radar pihaknya bagi mengelak acara sukan yang telah ditetapkan untuk dipertandingkan disingkir pada saat akhir.

“Kita mempunyai pelan ‘B’ untuk mengalih gelanggang atau venue sekiranya ada yang tidak sempat disiapkan sebelum bermula Sukma XXI 2024,” ujarnya ketika ditemui pemberita selesai melakukan tinjauan di beberapa gelanggang sekitar Petra Jaya sebentar tadi.

Rentap, yang juga Ketua Kontinjen SUKMA Sarawak, percaya masalah tersebut tidak akan berlaku kerana pihak kontraktor yang dilantik pasti mampu menyiapkan sepenuhnya kesemua gelanggang untuk kegunaan sepanjang temasya dwitahunan itu berlangsung kelak.

Keyakinan ini mengambil kira hakikat bahawa kerja penyiapan yang dilakukan oleh pihak kontraktor sudah memasuki fasa akhir.

Justeru, tambahnya, tiada masalah untuk menyaksikan gelanggang digunakan secepat mungkin supaya atlet Sarawak dapat menyesuaikan diri dengan gelanggang berkenaan.

Rentap pagi tadi melakukan tinjauan di beberapa gelanggang seperti Stadium Perpaduan, Stadium Negeri, Stadium Sarawak, Pusat Prestasi Tinggi Sukan, Pusat Akuatik Pandelela Rinong dan Perkampungan Sukan Atlet Sarawak.

Turut bersamanya, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan SUKMA XXI, Dr Mohd Shafiq Abdullah, dan Pegawai Sukan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Ketua Unit Persediaan SUKMA XXI, Abdul Muktalib Mohamad.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah