MUKAH: Pingat emas acara bola sepak lelaki temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 menjadi milik Wilayah Persekutuan.
Barisan kendalian Mohd. Nidzam Adzha Yusif itu memuktamad pengabadian ibu segala pingat menjadi milik mereke selepas menumpaskan Melaka selaku pemenang pingat perak dengan jaringan (2-1) pada aksi final yang berlangsung di Stadium Mukah, petang tadi
Nu’man Hakim Abdul Rahman muncul wira Wilayah Persekutuan apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-68.
Dalam keadaan rakannya, Muhammad Harith Imran Hairee terdahulu meletakkan pasukannya di depan menerusi gol dijaringkan pada minit ke-19.
Manakala, gol tunggal pasukan Melaka dijaringkan oleh Mohamad Afiq Norizan minit ke-53.
Sementara itu, pingat gangsa milik Kelantan yang berjaya menumpaskan jiran tetangga mereka yang juga pemenang pingat emas temasya dua tahun lepas, Terengganu dengan jaringan (8-7) menerusi penentuan sepakan penalti.
Perlawanan kedua-dua pasukan yang berlanjutan sehingga masa tambahan di Padang Mesra MDDM pada sebelah pagi berkesudahan seri (2-2).



