KUCHING: Dua perlawanan akhir tenis ditangguh ekoran hujan lebat dan dijadualkan semula pada esok.
Mengikut jadual, semua perlawanan acara tenis berakhir hari ini, namun ditangguhkan kerana cuaca tidak menentu.
Waktu perlawanan esok akan ditentukan kelak mengikut keadaan cuaca semasa.
Perlawanan akhir itu melibatkan kategori beregu wanita pasukan tuan rumah menentang pasukan Selangor.
Sarawak diwakili Soo Hui Yii-Lydia Leong. Manakala, Selangor diwakili Saw Jo Leen- Sharifah Elsa.
Selain itu, pasukan beregu campuran Sarawak juga mara ke perlawanan akhir menentang pasukan Perak.
Gandingan mantap regu campuran pasukan tuan rumah diwakili Lydia Leong-Hii Shieng Wee bakal berdepan Mitsuki Leong-Shihomi Leong.



