ARTIKEL

SERANG...Riq (kanan) melepaskan tumbukan ke muka Rubesh (kiri) pada perlawanan malam tadi. | FOTO MOHD. ALIF NONI

SUKMA XXII 2026: Riq mara ke separuh akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGOR: Bintang tinju sensasi Sarawak, Riq Roland berjaya mara ke peringkat separuh akhir kategori light welterweight (63.5kg) selepas menyingkirkan wakil tuan rumah, Rubesh Chander K Sivachandran.

Tiga pusingan pertarungan membabitkan kedua-dua petinju berkenaan di Dewan Tun Abdullah Mohamad Salleh UKM malam tadi yang memihak kepada Riq Roland menerusi kemenangan dengan kiraan mata (30-27).

Dua peringkat awal pertarungan, tampak jelas dikuasai petinju dari Selangor itu.

Sebelum situasi sedikit berubah pada pusingan ketiga dengan memperlihatkan kebangkitan Riq Roland.

“Cukup gembira dengan kemenangan dia (Riq Roland) malam tadi yang sekali gus melayakkannya ke peringkat separuh akhir.

“Kita kagum dengan semangat juang dipamerkan beliau terutama dalam menyerap tekanan,” ujar Pengurus Pasukan, Datuk Johnny Ting Su King kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Johnny, beliau percaya jika petinjunya itu dapat mengekalkan momentum tersebut pada perlawanan peringkat separuh akhir yang dijadual berlangsung pada Jumaat nanti, peluang untuk ke final amat cerah.

“Memang kita tahu pertembungan peringkat separuh akhir lebih sengit. Bagaimanapun, saya percaya dia mampu mempamer aksi lebih baik nanti,” tambah Johnny.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU