BETONG: Kehebatan pasukan berbasikal Zon Selatan begitu sukar ditandingi apabila menyapu bersih tiga pingat utama kategori Kriterium Lelaki yang berakhir sebentar tadi.
Pingat emas milik Ong Wei Jie, manakala Ong Zhi Jia menang pingat perak dan Awang Faries Danish Awang Faizal memenangi pingat gangsa.
“Gembira apabila berjaya meraih pingat emas dalam acara tersebut,” ujar Ong Wei Jie ketika ditemui selesai majlis penyampaian hadiah.
Kejayaan pelumba tiga serangkai itu mengatasi pencabar daripada tiga pasukan lain iaitu Zon Barat, Zon Tengah dan Zon Utara.
Seramai 20 pelumba turut bersaing membabitkan kategori berbeza (lelaki dan wanita).
Pertembungan yang begitu sengit pada awal perlumbaan, namun situasi berubah sebaik bermula perpecahan kelompok pelumba terbabit.


