ARTIKEL

BERCAKAP — Residen Kuching, Dayang Joanita Azizah Abang Morshidi yang juga Chef De Mission (CDM) Zon Selatan. Foto: Ramidi Subari

SUKSAR platform utama kenal pasti bakat baharu sukan di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sekurang-kurangnya 11 atlet Zon Selatan disasarkan untuk melayakkan diri ke Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor, dengan Sukan Sarawak (SUKSAR) dijadikan platform utama bagi mengenal pasti serta membangunkan bakat baharu.

Residen Kuching, Dayang Joanita Azizah Abang Morshidi yang juga Chef De Mission (CDM) Zon Selatan berkata kemenangan pada SUKSAR akan datang menjadi tiket kepada atlet untuk mewakili Sarawak ke temasya SUKMA.

“Fokus utama saya adalah memastikan setiap atlet mencatatkan prestasi terbaik kerana inilah tiket mereka untuk mewakili Sarawak ke temasya SUKMA yang akan berlangsung di Selangor pada Ogos ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Kejohanan Sukan Sarawak IV Betong/Sri Aman di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Residen Bahagian Kuching, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau turut menyasarkan untuk mempertahankan gelaran juara keseluruhan SUKSAR yang bakal berlangsung di Betong, Sri Aman dan Lubok Antu dari 4 hingga 9 Feb ini.

SEMANGAT — Dayang Joanita Azizah (tengah) bersama barisan pegawai dan atlet Zon Selatan bersedia menghadapi SUKSAR 2026. Foto: Ramidi Subari

Beliau berharap dapat mengekalkan 63 daripada 105 pingat emas yang diraih pada SUKSAR edisi lalu.

“Cabaran untuk mengekalkan kejuaraan ini bukan satu tugas yang mudah, namun saya percaya atlet Zon Selatan sudah bersedia menyahut cabaran,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Dayang Joanita menyatakan komitmen untuk menjadi penyumbang terbesar bakat berkualiti bagi memastikan Sarawak kembali menjadi kuasa besar sukan di peringkat kebangsaan.

“Atlet Zon Selatan telah menjalani latihan intensif selain dipilih melalui proses saringan yang ketat,” katanya.

Sementara itu, antara sukan yang akan dipertandingkan termasuk angkat berat, berbasikal, bola jaring, taekwondo, bola keranjang, petanque, pingpong, sofbol, tinju, sepak takraw dan karate.

“Zon Selatan akan menampilkan 205 atlet yang bertanding dalam kesemua 11 acara sukan yang dipertandingkan,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU