ARTIKEL

SULTAN Ibrahim bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin pada Majlis Sambutan Negara di Grand Kremlin Palace hari ini. FOTO Bernama

Sultan Ibrahim hargai sambutan rasmi Presiden Putin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MOSCOW: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan terima kasih kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin, atas jemputan untuk mengadakan lawatan negara ke Rusia, lapor agensi berita TASS.

“Beta ingin merakamkan penghargaan atas sambutan yang diberikan dan beta ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas jemputan ini,” titah Seri Paduka Baginda kepada Putin semasa pertemuan rasmi mereka di Kremlin.

Sultan Ibrahim turut memuji kepimpinan Putin dan bertitah bahawa Presiden Rusia itu telah memimpin negara “melalui masa yang mencabar dan sukar” serta menunjukkan “wawasan dan daya tahan” sebagai pemimpin yang berwibawa.

Ini merupakan lawatan negara pertama oleh Ketua Negara Malaysia ke Rusia sejak kedua-dua negara menjalinkan hubungan diplomatik pada 1967. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU