ARTIKEL

Sultan Nazrin Shah zahir rasa dukacita atas pemergian Tun Abdullah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menzahirkan dukacita dan ucapan takziah atas pemergian Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi, malam tadi.

Baginda menzahirkan ucapan berkenaan ketika titah ucapan Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Berikutan itu, baginda menitahkan supaya bendera Perak dikibarkan separa tiang pada hari ini, menandakan rasa sedih dan dukacita rakyat dan negeri ini.

“Beta bersama Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Dewan hari ini dan seluruh rakyat di Perak menzahirkan rasa dukacita atas kembalinya ke Rahmatullah Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menzahirkan ucapan takziah kepada Tun Jean Abdullah dan keluarga Allahyarham.

“Semoga roh Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dilimpahi rahmat ihsan Ilahi, ditempatkan dalam kalangan roh para solihin,” titah baginda.

Abdullah, 85, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara pada 7.10 malam.

Dilahirkan pada 26 Nov 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, beliau merupakan Ahli Parlimen Kepala Batas dari 1978 hingga 2008 dan Perdana Menteri dari 31 Okt 2003 hingga 3 April 2009, berikutan peletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih