ARTIKEL

Kredit: FB - Selangor Royal Office

Sultan Selangor disembah maklum permohonan maaf Sanusi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah disembah maklum mengenai surat permohonan maaf daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Selangor Royal Office menerusi hantaran di Facebook memaklumkan surat bertarikh 25 Sept itu antara lain memuatkan permohonan ampun atas kenyataan beliau seperti dituduh di mahkamah, yang dianggap menghina dan tidak menghormati Sultan Selangor.

“Sanusi turut mengakui bahawa kenyataan itu telah menimbulkan rasa tidak selesa dan mengguris hati dan perasaan Sultan Sharafuddin, dan beliau benar-benar kesal atas segala kesan negatif yang timbul daripada kenyataan tersebut,” menurut hantaran itu.

Turut dimuat naik bersama hantaran itu ialah surat permohonan maaf berkenaan.

Semalam, pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Alor Setar, Kedah, Muhammad Sanusi telah memohon ampun secara terbuka kepada Sultan Selangor berikutan kenyataan beliau pada Julai tahun lepas yang dianggap menghina dan tidak menghormati baginda.

Beliau turut memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan rakyat negeri itu atas keterlanjuran kata- kata beliau.

Pada 11 Julai 2023, tular video ceramah Muhammad Sanusi yang didakwa menghina Sultan Selangor ketika membandingkan urusan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah dan Amirudin sebagai Menteri Besar Selangor dalam satu ceramah di Gombak.

Pada 29 Feb lepas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu mengekalkan pengakuan tidak bersalah beliau terhadap dua pertuduhan menghasut berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik.

– Bernama

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha