ARTIKEL

Sumbangan Kenderaan Diyakini Pertingkat Kecekapan Operasi JSJN – Fatimah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak diyakini akan lebih bermotivasi dalam melaksanakan penguatkuasaan selepas menerima bantuan kenderaan pacuan empat roda daripada Kerajaan Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata perkara itu juga akan membantu memperkasakan kecekapan aktiviti penguatkuasaan pasukan tersebut.

Katanya, kenderaan tersebut juga penting supaya operasi sulit dan operasi bersepadu dapat dijalankan dengan lebih lancar, cekap dan berkesan.

“Ini kerana keadaan geografi Sarawak yang luas, mencabar dan mempunyai kawasan pedalaman serta jalan yang sukar dilalui. Disebabkan itu JSJN Sarawak memerlukan kenderaan baharu jenis pacuan empat roda,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tambahnya, di Sarawak, JSJN memainkan peranan yang amat penting dalam kedua-dua aspek Pengurangan Bekalan Dadah (DSR) dan Pengurangan Permintaan Dadah (DDR).

Dalam hal berkaitan, beliau turut merakamkan penghargaan kepada JSJN Sarawak atas kejayaan tangkapan dan rampasan dadah sepanjang 2025.

“Sehingga Julai 2025, JSJN Sarawak berjaya merekodkan 6,871 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan berkaitan dadah. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 394 tangkapan bagi kesalahan bekalan, 1,324 (memiliki) dan 5,153 (positif saringan air kencing).

“Bagi kategori rampasan pula, JSJN Sarawak berjaya merampas 367kg pelbagai jenis dadah berbentuk mampat manakala, dadah berbentuk pil sebanyak 13,324 biji telah berjaya dirampas dianggarkan bernilai RM14.8 juta,” jelasnya.

Beliau hari ini turut hadir dalam majlis penyempurnaan kerja mengecat Kompleks Perumahan PDRM Tabuan Jaya dan penyerahan empat buah pacuan empat roda untuk Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), di sini yang disempurnakan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah