ARTIKEL

Sunathon kurangkan beban ibu bapa, percuma dan meriah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Program Sunathon 2.0 Tahun 2023 berlangsung dengan meriah apabila menyaksikan seramai 82 kanak-kanak lelaki dari kawasan ini menyertai program berkhatan beramai-ramai tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, apa yang menarik tahun ini adalah ia bukan hanya disertai oleh kanak-kanak beragama Islam, tetapi juga bukan Islam.

“Ini satu program kemasyarakatan yang cukup baik sekali kerana ia bukan sahaja dapat menghimpunkan penduduk, tetapi juga mengurangkan beban ibu bapa dari segi kewangan.

“Perkhidmatan berkhatan yang kita tawarkan di sini, adalah percuma,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Sunathon 2.0 Tahun 2023, di Masjid An-Najah Asaiaya, semalam.

Program tersebut dianjurkan oleh Panel Penasihat Klinik Kesihatan Asajaya dan Klinik Kesihatan Asajaya dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Jabatan Pembedahan Hospital Umum Sarawak, Pusat Jantung Sarawak, Masjid An-Najah Daerah Asajaya, Balai Bomba dan Penyelamat Asajaya serta Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) Asajaya.
Sehubungan itu, Abdul Karim memberitahu, sekiranya di kawasan bandar sesiapa yang mahu berkhatan akan pergi ke klinik swasta dan kos agak tinggi mencecah sekitar RM150 hingga RM250.

“Jika keluarga itu adalah keluarga berpendapatan rendah, sukar bagi mereka untuk mengeluarkan perbelanjaan dengan jumlah tersebut.

“Sebab itu juga, saya berterima kasih dengan Klinik Kesihatan Asajaya kerana melaksanakan inisiatif ini dan menggalakkan lebih banyak program sedemikian dianjurkan,” ujarnya.

Abdul Karim juga memberitahu, sama seperti sebelum ini, beliau gembira melihat program itu mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan kanak-kanak.

“Saya pasti, daripada keseluruhan kanak-kanak ini mungkin ada yang datang dari kawasan lain termasuk Kota Samarahan atau Kuching,” jelasnya.

Untuk rekod, program tersebut juga menyaksikan Abdul Karim mengumumkan peruntukan RM30,000 bagi melaksanakan program sunathon tahun hadapan.

Hadir sama wakil Pegawai Kesihatan Bahagian Samarahan Dr Fahmi Mohd Diah; Pegawai Daerah Asajaya Rais Ahmad; Pakar Pembedahan Am Negeri Sarawak Nik Azim Nik Abdullah; Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Asajaya Dr Sii Kia Miang serta wakil yang lain.

BERITA LAIN

Furry Friends Fair pupuk kesedaran kebajikan haiwan

KUCHING: Penganjuran Furry Friends Fair 2026 menjadi platform meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebajikan haiwan, selain memupuk amalan pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab. Anak Premier Sarawak,

BERITA TERBARU