ARTIKEL

Sunrise Padel Club bakal raikan sesi ke-100

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sunrise Padel Club yang bermula sebagai usaha mencari rakan untuk bermain padel sebelum waktu bekerja kini berkembang menjadi komuniti dengan lebih 700 ahli di Lembah Klang.

Menurut Bernama, kelab itu bakal mengadakan sesi Sunrise ke-100 pada 12 Sept ini, selepas inisiatif yang diasaskan Indraa Arasu, 28, berkembang daripada sesi kecil pada 6.30 pagi kepada komuniti yang mengutamakan kecergasan, persahabatan dan amalan hidup sihat.

Idea berkenaan tercetus selepas Indraa dinasihatkan doktor supaya berhenti bersukan pada waktu malam dan melakukan senaman secara berkala pada sebelah pagi, sebelum beliau bersama Stephanie mengembangkan sesi awal pagi itu menjadi kegiatan komuniti.

Sunrise Padel Club yang digerakkan sukarelawan kini mengadakan sesi berkonsepkan kejohanan setiap Selasa, Khamis dan Sabtu pada 7 pagi, dengan Indraa berharap usaha itu dapat menggalakkan lebih banyak komuniti menjadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada rutin harian.

Bagi Omran Abbara, 37, yang menyertai kelab itu kira-kira empat bulan lalu, sesi awal pagi kini menjadi aktiviti yang dinanti-nantikannya kerana selain membantu kecergasan, padel membolehkannya memulakan hari bersama komuniti yang mempunyai minat sama, manakala pakar pemakanan Bee Lian menyifatkan gabungan senaman, persahabatan dan galakan sebagai kekuatan komuniti berkenaan.

BERITA LAIN

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

Sarawak menanti kehadiran MPL

SEDEKAD bukan tempoh yang singkat, apatah lagi bagi sebuah permainan mudah alih yang berjaya bertahan, berkembang dan membina komuniti peminat merentas generasi. Bagi saya, Mobile

BERITA TERBARU