ARTIKEL

Ding Kuong Hiing bersama-sama ahli menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun SUPP Cawangan Bintangor Ke-66 pada Rabu.

SUPP Bintangor Cadang Tambah Ketua Kaum, Ketua Masyarakat Di Meradong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Cadangan penambahan Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat (KMKK) di Daerah Meradong akan dikemukakan kepada Kerajaan Sarawak bagi memudahkan urusan pentadbiran di kawasan tersebut.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, langkah itu penting bagi memastikan pelaksanaan pembangunan dapat dijalankan dengan lebih lancar dan berkesan.

“Ketua kaum atau masyarakat memainkan peranan penting sebagai perantaraan bagi kerajaan dan komuniti di bawah jagaan mereka. Mereka menjadi saluran utama maklumat bagi kedua-dua pihak,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-66 SUPP Cawangan Bintangor di sini, hari ini.

Dalam majlis tersebut, beliau turut memberi jaminan bahawa SUPP Cawangan Bintangor akan terus mempergiat program turun padang dalam usaha menyantuni rakyat serta memastikan kebajikan mereka sentiasa terbela.

“Saya amat menghargai kerjasama erat daripada semua ahli parti yang sentiasa bersedia menangani sebarang isu yang timbul di kawasan ini.

“Pelbagai program akan dilaksanakan tahun ini melalui Pergerakan Wanita dan Pemuda, antaranya Larian Hari Sarawak serta Pertandingan Mewarna Kanak-kanak sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa program ‘Mobile Service To U’ akan terus dilaksanakan setiap bulan di rumah panjang dan sekitar bandar Bintangor dengan kerjasama Pergerakan Wanita dan Pemuda parti berkenaan.

Mengulas mengenai pembangunan fizikal, Kuong Hiing berkata pelbagai projek diteruskan di Daerah Meradong, termasuk pembinaan kolam renang, projek Waterfront Bintangor serta pembinaan jambatan dari Kampung Muhibah ke Kampung Rancak.

“Kerja-kerja pembinaan jalan baharu dari Janting ke Sungai Tulai, pembinaan Dewan Sentral baharu, Taman Rekreasi Bintangor, Pusat Hemodialisis Tulai serta kerja menaik taraf saluran paip air dan Sungai Mador turut dilaksanakan,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha