ARTIKEL

Pemimpin dan ahli jawatankuasa SUPP Cawangan Kuching serta PBB Cawangan N.9 Padungan bergambar bersama-sama selepas sesi kunjungan hormat.

SUPP Kuching, PBB Padungan Perkukuh Kerjasama Hadapi PRN Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerjasama antara parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus diperkukuh apabila SUPP Cawangan Kuching mengadakan kunjungan hormat ke PBB Padungan hari ini bagi membincangkan pembangunan komuniti, isu rakyat serta penyelarasan gerak kerja di peringkat akar umbi.

Menurut kenyataan, pertemuan tersebut turut menjadi platform kepada kedua-dua pihak bertukar pandangan berkaitan pelaksanaan program kemasyarakatan, memperkukuh hubungan antara jentera akar umbi serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

“Antara perkara yang dibincangkan ialah keperluan komuniti di kawasan Padungan, termasuk pembangunan di kawasan Lumba Kuda.

“Turut dicadangkan penganjuran lebih banyak program melibatkan golongan warga emas, pemuda dan wanita,” ujar kenyataan.

Kenyataan turut memaklumkan kedua-dua pihak juga berkongsi perkembangan gerak kerja serta memperkenalkan struktur organisasi cawangan masing-masing sebagai usaha memperkukuh koordinasi dan kerjasama.

“Sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang, kedua-dua parti turut membincangkan mekanisme penyelarasan kerjasama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Parti-parti komponen GPS perlu terus mengekalkan semangat perpaduan, saling mempercayai dan bekerjasama bagi memastikan kestabilan politik negeri, memacu pembangunan ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan rakyat,” jelas kenyataan.

Sebagai simbolik hubungan erat antara kedua-dua parti, Pemangku Pengerusi SUPP Cawangan Kuching, Jong Yean Pin, menyampaikan bakul buah-buahan kepada Pengerusi PBB Cawangan Padungan, Rodiyah Sapiee.

-tamat-

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i