ARTIKEL

Gambar hiasan

Suri rumah berputih mata RM147, 753 akibat penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUANTAN: Seorang suri rumah berusia 38 tahun kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial di Bera pada pertengahan Disember lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa tertarik untuk menyertai tawaran kerja atas talian menggunakan platform dikenali ‘Hand Craft Group 049’ pada 13 Dis lepas yang menjanjikan keuntungan lumayan bagi setiap produk dijual di Telegram.

Mangsa telah diberikan pautan bagi melakukan setiap tugasan berkenaan bagaimanapun suspek kemudian mengarahkan wanita itu membuat semula kerja kraf tangan itu kerana kononnya terdapat kesilapan.

“Dalam pada itu, mangsa juga telah membuat bayaran dengan 28 transaksi ke sembilan akaun bank berbeza untuk mendapatkan semula pautan daripada suspek.

“Mangsa mula menyedari ditipu apabila suspek mengatakan mangsa berjaya mendapat komisyen sebanyak RM200,000 tetapi gagal ditebus sehingga mengalami kerugian. Kesemua transaksi itu menggunakan wang simpanan sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha