Suri rumah patah paha, motosikal bertembung kereta di Mukah

MUKAH: Seorang suri rumah cedara parah patah paha kanan apabila motosikal yang dibonceng bersama suaminya dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu seorang wanita, di persimpangan empat Jalan Kubu kawasan perkuburan Cina tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau menjelaskan kejadian yang berlaku sekitar jam 12.20 tengah hari tersebut, berlaku disebabkan pemandu kereta tersebut terus keluar dan tidak berhenti di persimpangan dari arah lampu isyarat menuju ke Pantai Kala Dana.

“Tindakan pemandu kereta yang tidak berhenti tersebut menyebabkan dia merempuh sebuah motosikal jenis Honda Wave yang membonceng lurus dari arah Hospital Mukah ke Pekan Lama Mukah.