ARTIKEL

Gambar hiasan. | Freepik.com

Suri rumah rugi lebih RM26,000 terperdaya peraduan cabutan bertuah di TikTok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANGKAK: Polis mengesahkan seorang suri rumah kerugian RM26,060 selepas terperdaya penipuan peraduan cabutan bertuah dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata, mangsa berusia 55 tahun itu pada mulanya tertarik dengan iklan peraduan berkenaan, yang dilihat menerusi satu aplikasi di telefon pintarnya pada 8 Julai lepas.

“Mangsa kemudian berhubung dengan suspek dan dipengaruhi untuk membuat 12 transaksi secara berperingkat dari 8 hingga 15 Julai lepas ke enam akaun bank berbeza yang dipercayai akaun keldai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa hanya menyedari ditipu selepas tidak menerima pulangan ratusan ribu ringgit seperti dijanjikan,

sebelum membuat laporan di Balai Polis Tangkak semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan