ARTIKEL

Suri Rumah Rugi Lebih RM87,000 Diperdaya Skim Pelaburan Dalam Talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA TERENGGANU: Polis mengesahkan seorang wanita warga emas kerugian RM87,975.04 selepas diperdaya sindiket skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan secara dalam talian pada 3 Okt lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa yang berusia 63 tahun telah melihat iklan pelaburan saham itu di laman Facebook.

Beliau berkata mangsa yang tidak bekerja tertarik dengan skim itu dan bertindak menghubungi suspek lelaki melalui aplikasi WhatsApp untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Suspek memujuk mangsa agar menyertai skim itu dengan dijanjikan pulangan lumayan, iaitu sebanyak RM25,000 bagi setiap RM450 yang dilaburkan.

“Mangsa yang gelap mata telah membuat sembilan kali bayaran berjumlah RM87,975.04 menggunakan wang simpanan dan hasil gadaian barang kemas dari 3 hingga 12 Okt lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mangsa mengesyaki ditipu selepas gagal mendapatkan kembali wang modal dan sebarang pulangan keuntungan, malah usaha menghubungi suspek juga gagal.

“Mangsa yang berasal dari Wakaf Tembusu, Kuala Nerus, kemudiannya membuat laporan polis pada 7.58 malam semalam,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU