KOTA TINGGI: Seorang suri rumah kerugian RM119,599 selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi Facebook pada 19 Julai lalu.
Menurut Bernama, mangsa berusia 58 tahun tertarik dengan tawaran pakej pelaburan serendah RM300 yang menjanjikan pulangan sebanyak RM15,000 dalam tempoh dua jam.
Mangsa kemudian melakukan lapan transaksi ke beberapa akaun berbeza antara 19 Julai hingga Khamis lalu dengan jumlah keseluruhan RM119,599 bagi mendapatkan keuntungan yang dijanjikan.
Wanita itu menyedari ditipu selepas gagal menerima pulangan pelaburan walaupun telah membuat beberapa pembayaran, sebelum tampil membuat laporan polis pada Jumaat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.



