ARTIKEL

Gambar Hiasan

Suri rumah rugi RM54,700 terjerat skim pelaburan Telegram

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Seorang suri rumah berusia 27 tahun kerugian RM54,700 selepas terjerat dalam skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan melalui aplikasi Telegram.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A. Rahman berkata, mangsa dimasukkan ke dalam satu kumpulan Telegram pada 20 September lalu oleh individu tidak dikenali yang menawarkan skim pelaburan dengan janji pulangan segera.

“Modus operandi dikenali sebagai kaedah check in, iaitu mangsa perlu membayar yuran keahlian sebelum diminta melabur jumlah lebih besar dengan alasan menaik taraf akaun,” katanya dalam kenyataan.

Pada awalnya, mangsa membuat bayaran kecil dan menerima pulangan berganda — RM30 ke akaun BigPay dengan pulangan RM60, serta RM800 dengan pulangan RM900. “Keuntungan awal itu menyebabkan mangsa yakin dan terus membuat pelaburan lebih besar,” jelas Mohd Haide.

Antara transaksi dilakukan pada 23 September termasuk pindahan wang RM500 dan RM1,000 ke akaun BigPay, RM3,000 ke akaun AEON Bank, RM8,200 serta RM42,000 ke akaun lain. Namun, selepas keseluruhan transaksi berjumlah RM54,700, mangsa tidak lagi menerima sebarang pulangan malah diminta membuat bayaran tambahan RM65,520.

Beliau berkata siasatan awal mendapati beberapa akaun bank dan nombor telefon yang digunakan sindiket tidak mempunyai rekod jenayah, kecuali satu akaun Ambank. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Mohd Haide menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan luar biasa dalam masa singkat, sebaliknya membuat semakan di portal rasmi Bank Negara Malaysia atau agensi berkuasa berkaitan sebelum melabur.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu