ARTIKEL

Suri rumah tukar hobi jadi perniagaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Menjadi suri rumah sepenuh masa bukan penghalang untuk menceburi dalam dunia perniagaan.

Dalam era teknologi ini, pelbagai inisiatif dapat diambil untuk memulakan perniagaan dalam talian.

Bagi Slyvia Mona Keri, 24, hobinya yang menghasilkan kraf tangan dijadikan sebagai sumber pendapatan.

“Pada awalnya, saya menghasilkan selampai sulam hanya sebagai hobi dan menyimpannya sebagai koleksi.

“Namun, terdetik dalam hati saya untuk menjadikannya sebagai perniagaan.

“Sebagai seorang suri rumah, agak sukar untuk saya keluar ke mana-mana…Jadi perniagaan dalam talian adalah pilihan sesuai untuk membantu suami saya menjana pendapatan,” katanya kepada Suara Sarawak.

Sejak itu, Slyvia giat mempromosikan hasil krafnya itu di media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Instagram dan Telegram.

Baginya, platform media sosial memudahkan dia menjangkau pasaran lebih luas.

Sylvia turut menyediakan khidmat menanda corak pada kain sulam dan menjual sulaman yang sudah siap dijahit.

Harga untuk sehelai selampai sulam yang siap sepenuhnya turut dijual pada harga berbeza mengikut saiz dan perhiasan yang digunakan.

“Harga kraf tangan yang dijual tidak tetap seperti barang jualan lain. Contohnya, selampai sulam berukuran dua meter, harganya mencecah hingga RM300 ke atas.

“Saya juga meletakkan harga seperti itu kerana hasil kerja yang teliti tanpa menggunakan mesin jahit.

“Ia merupakan satu cabaran buat saya kerana menjahit menggunakan tangan tanpa bantuan mesin, tambahan pula modal yang dikeluarkan untuk menghasilkan sehelai selampai sulam yang cantik,” ujarnya lagi.

Menurut Slyvia, harga bagi menanda kain dan sulaman yang sudah siap juga berbeza, bergantung pada kos dan panjang kain yang diperlukan.

“Seperti yang saya katakan tadi, sekiranya pelanggan meminta saya menanda corak pada kain sulam, kadar harga adalah sekitar RM30 hingga RM55, dengan panjang kain antara 1.5 hingga 4 meter,” jelasnya.

Bagi kos penghantaran pula bergantung pada berat dan Slyvia menggalakkan pembeli membayar kos penghantaran selepas menerima hasil kraf tangan itu.

“Dalam masa satu bulan, saya hanya mengambil 10 tempahan kerana ia memakan masa untuk disiapkan.

“Sebagai contoh, jika panjang selampai adalah dua meter, masa yang diperlukan adalah sekitar dua minggu,” jelasnya.

Slyvia hanya menyulam dari rumah dan semua perbincangan dengan pelanggan dilakukan melalui alam maya.

“Bagi saya bekerja sendiri adalah lebih menyeronokkan dan selesa kerana tidak perlu berdepan tekanan di tempat kerja,” katanya lagi.

Bagi yang berminat hasil kraf Slyvia, sila hubunginya di talian 013-05774034 atau layari Facebook Slyvia Mona. 

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi