ARTIKEL

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga Siti Safinah Salleh menunjukkan graf laporan pada sesi taklimat media mengenai Semakan Kawal Selia Tahunan Suruhanjaya Tenaga (STARR) hari ini. | Bernama

Suruhanjaya Tenaga semak semula beberapa rangka kerja undang-undang, peraturan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang menyemak semula beberapa rangka kerja undang-undang dan peraturan termasuk mekanisme bagi perdagangan elektrik rentas sempadan, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyokong kestabilan sektor tenaga dan pertumbuhan mampan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Siti Safinah Salleh berkata suruhanjaya itu kini sedang menyemak dasar-dasar sedia ada sambil membangunkan rangka kerja baharu bagi memastikan sektor berkenaan kekal sejajar dengan keperluan masa hadapan.

Turut disemak iaitu mekanisme peraturan berasaskan insentif bagi Tempoh Kawal Selia 5 (RP5 2028–2030), yang akan bermula pada 2028 serta mekanisme perdagangan elektrik rentas sempadan bagi import dan eksport.

“Kami kini sedang menyemak dan juga membangunkan beberapa rangka kerja undang-undang dan peraturan bagi memastikan sektor ini kekal sejajar dengan keperluan serta dasar masa hadapan,” katanya pada Semakan Kawal Selia Tahunan ST (STARR) 2026 di sini Rabu ini.

Beliau berkata suruhanjaya itu sedang berusaha mempertingkatkan akses grid terbuka atau akses pihak ketiga melalui inisiatif seperti Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) dan Mekanisme Pengagregatan Tenaga Boleh Baharu Komuniti (CREAM).

“(Semakan ini juga meliputi) pengagihan elektrik awam dalam kawasan khusus, Akta Bekalan Elektrik serta pindaan khususnya terhadap peruntukan penguatkuasaan dan piawaian teknikal bagi kualiti serta keselamatan.

“Usaha-usaha ini bertujuan memastikan rangka kerja kawal selia kekal relevan, kukuh dan berupaya menyokong landskap tenaga yang lebih kompleks dan dinamik,” katanya.

Sementara itu, ST dalam satu kenyataan berkata pihaknya mengekalkan tumpuan yang kukuh terhadap pelaksanaan kawal selia secara praktikal, memperkukuh rangka kerja, piawaian dan pengaturan pasaran bagi menyokong kestabilan sektor serta pertumbuhan mampan.

Ini termasuk penguatkuasaan Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga (EECA) 2024, penambahbaikan dalam mekanisme tarif serta pengembangan berterusan rangka kerja kawal selia bagi menyokong pembangunan tenaga boleh baharu yang lebih tinggi.

Semakan ini berlandaskan enam tonggak utama kawal selia ST yang merangkumi: keselamatan dan penguatkuasaan; kebolehpercayaan sistem dan keselamatan tenaga; tarif yang adil dan telus; kecekapan tenaga dan kelestarian; peralihan tenaga dan pembangunan pasaran serta tadbir urus, penglibatan pihak berkepentingan dan pengukuhan institusi.

“Dalam kesemua tonggak ini, sektor tenaga mencatat kemajuan yang nyata.

Terutamanya, penambahbaikan dapat dilihat dalam hasil keselamatan dengan insiden berkaitan elektrik dan gas yang lebih rendah.

“Dalam pada itu, penambahbaikan kawal selia dan pengawasan lesen terus memperkukuh pematuhan di seluruh sektor,” menurut kenyataan itu. — Bernama

BERITA LAIN

Teknologi dan skala perniagaan kunci kenaikan gaji pekerja

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan mampu memperkukuh produktiviti serta keupayaan syarikat untuk mengembalikan hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan gaji. Menteri Ekonomi,

BERITA TERBARU