ARTIKEL

JASON (dua kiri) bersama-sama isteri, anak-anak dan Hope Place.

Susah senang hidup lalui bersama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Setelah disahkan menghidap penyakit kanser, Jason Chew Fook Hin, 45 kerana menghadapi kesukaran untuk menyara keluarganya.

Jason, suami kepada Norhasimah mempunyai tiga cahaya mata berumur dua hingga 15 tahun, disahkan menghidap barah parotid pada awal April tahun ini. Menurut Jason, dia mula berasa tidak sihat pada November tahun lalu tetapi menganggapnya sebagai penyakit biasa.

 “Pipi kiri saya bengkak sehingga tidak dapat mengunyah makanan kecuali makanan pepejal.

“Setelah membuat peperiksaan, saya dinasihati untuk mengambil makanan tambahan susu khas dan makanan yang lebih lembut seperti bubur nasi,” katanya kepada Hope Place yang membuat lawatan di Batu 10, di sini, baru-baru ini.

Sebelum menghidap kanser, Jason dan isterinya bekerja dari rumah dengan membekal dan menjual alat tulis ke pejabat dan sekolah.

Bagaimanapun, mereka terpaksa menghentikan perniagaan mereka atas faktor arahan kawalan pergerakan akibat pandemik COVID-19.

Namun, ia tidak mematahkan semangat mereka untuk terus mencari rezeki bagi menampung keperluan keluarga.

Selepas keadaan mula reda, tahun lalu pasangan ini berpeluang mendapat pekerjaan di bengkel motosikal di samping melaksanakan kerja sampingan seperti berniaga menjual kuih-muih dan bundle bagi memaksimumkan pendapatan mereka.

.Malangnya selepas Jason disahkan menghidap kanser, mereka menghadapi kesukaran untuk terus konsisten melaksanakan kerja kerana perlu ulang alik ke hospital bagi mengubati penyakitnya.

Sudah jatuh ditimpa tangga, kini pasangan ini kedua-duanya kehilangan mata pencarian kerana tidak mampu memberi komitmen akibat kesihatannya yang kian merosot.

Bagi melawan kanser, Jason melakukan kemoterapi setiap dua minggu pada November tahun ini.

Di samping itu, Jason juga perlu menjalani terapi lima hari berturut-turut setiap minggu. 

Bagi menemani suaminya, Norhasimah terpaksa membawa dua anaknya yang berumur bawah lima tahun ke hospital kerana tiada penjaga lain di rumah.

Menyedari mereka sekeluarga menyewa sebuah flat kecil di PPR Landeh, Jason bimbang sekiranya dia tidak mampu untuk membayar komitmennya termasuk bayaran kereta akibat terputus mata pencarian serta simpanan mereka yang semakin berkurangan. 

Pasangan itu bagaimanapun berterima kasih kepada ibu bapa dan adik-beradik Norhasimah, yang sentiasa menyokong dan membantu mereka.

Meskipun diuji dengan pelbagai rintangan, Norhasimah masih cekal untuk susah senang bersama-sama suaminya.

“Saya tidak pernah berpisah dengan Jason sejak perkahwinan kami.

Walaupun dia pergi memancing, saya akan teman dia. Satu-satunya masa kami berjauhan ialah ketika dia berada di ICU selama tiga hari,” kata Norhasimah kepada Hope Place. 

Hope Place yang menyedari akan kesusahan keluarga tersebut memilih untuk menyara mereka dengan bantuan makanan dan susu tepung untuk anak-anak yang lebih kecil di samping membekalkan susu istimewa kepada Jason.

Daripada itu, Hope Place atau Persatuan Kebajikan Harapan Kuching (PKHK) meminta agar mana-mana pihak yang mampu untuk menyalurkan sumbangan bagi menyokong insiatif murni tersebut. 

Untuk maklumat lanjut, Hope Place boleh dihubungi di talian 082- 505987

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha