ARTIKEL

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin

Suspek bunuh abang kandung direman tujuh hari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA BERANG: Seorang lelaki disyaki membunuh abang kandung di Kampung Banggol Tasek, Bukit Payong, Marang.

Penolong Pendaftar Mahkamah Kuala Terengganu, Yuhanis Mohd Roslan, mengeluarkan perintah reman tujuh hari terhadap suspek di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Suspek berusia 42 tahun yang merupakan orang kurang upaya mental itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mangsa berusia 43 tahun dipercayai maut dipukul objek tumpul kira-kira jam 9 pagi semalam, manakala adik perempuannya yang cuba menghalang turut cedera dan dirawat di hospital sama.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin, memaklumkan rasa tidak puas hati suspek kerana mangsa kerap meminta wang menjadi motif pergaduhan seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi