ARTIKEL

DITANGKAP... Suspek kes bunuh di Pantu.

Suspek kes bunuh di Pantu berjaya ditangkap polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Suspek ke bunuh di ladang kelapa sawit dekat Pantu berjaya dicekup dalam Operasi Khas, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintendan Dennis Bunyam berkata, Bakri Saene, 25 tahun yang juga warga Indonesia ditangkap oleh pihak polis.

“Suspek berjaya ditangkap dalam Operasi Khas sepasukan polis dari IPD Sri Aman dan Cawangan D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, lebih kurang 12.00 tengah hari tadi di kawasan lapang berdekatan kuarters pekerja ladang tersebut,” katanya dalam kenyataan, petang tadi.

Jelasnya, suspek ditahan bawah Seksyen 302/435 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan lanjut.

Jelasnya, penangkapan ini hasil maklumat orang awam serta tindakan pantas pasukan siasatan.

Terdahulu, rakan sekerjanya berusia 35 tahun mati, dipercayai ditetak dengan parang dalam pergaduhan di ladang kelapa sawit dekat Pantu pada hari Rabu.

Terdahulu kira-kira 4.30 petang Rabu jelasnya, Balai Polis Pantu, menerima aduan mengatakan warganegara Indonesia bergaduh di kawasan ladang di Pantu dan salah seorang dipercayai tidak sedarkan diri.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati satu mayat lelaki terbaring, tidak bernyawa dan terdapat kesan luka di bahagian leher, lengan kanan, tangan kanan, paha kanan dan tapak kaki disyaki ditetak dengan objek tajam dipercayai parang.

“Bagaimanapun suspek dipercayai telah melarikan diri,” ujarnya.

Sebelum melarikan diri kata Dennis, suspek bertindak membakar rumah pekerja menyebabkan 12 unit rumah pekerja ladang musnah.

“Motif kejadian dipercayai berpunca daripada masalah peribadi, tidak berpuas hati di antara suspek dan si mati,” katanya.

BERITA LAIN

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU