ARTIKEL

TANGKAP…. Suspek pecah rumah berjaya ditangkap, pada Selasa lalu.

Suspek pecah rumah ditahan, barang curian bernilai RM5,000 dirampas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Seorang lelaki berusia 27 tahun berjaya ditangkap selepas disyaki terbabit dalam kes pecah rumah di sebuah rumah persendirian membabitkan kerugian RM5,000 pada 13 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, suspek berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Bilik Kediaman Rumah Panjang Awik, Saratok, lebih kurang jam 9 pagi pada 5 Ogos, Selasa lalu.

RAMPAS…. Antara barang yang disembunyikan oleh suspek dan dirampas pihak polis.

“Lebih kurang jam 9.30 pagi, semalam, suspek memberitahu barang yang diambilnya semasa pecah rumah tersebut disembunyikan di tepi jalan, sebelah tiang elektrik, Batu 3, Jalan Roban Lama.

“Bertindak atas maklumat itu, pasukan BSJD IPD Saratok menuju ke alamat tersebut dan suspek membawa ke tempat barang tersebut yang disembunyikan dalam semak.

RAMPAS…. Antara barang yang disembunyikan oleh suspek dan dirampas pihak polis.

“Pemeriksaan telah menjumpai kesemua barang tersebut dan dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas Mathew, barang rampasan adalah seperti satu unit tong gas warna kuning, satu guni plastik putih bertulis MPOB F4 Baja Sawit, satu butt dan badan senapang patah, satu forearm senapang patah serta satu batang barrel senapang patah siri no. M16.

Ujar Mathew, status kes – selesai dan suspek direman serta soal siasat masih dijalankan.

Suspek didapati mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan amphetamine.

Terdahulu, lebih kurang jam 2.30 petang, pada, 13 Julai, pengadu, 68, bersama isteri tiba di rumah dan mendapati kunci pintu utama telah diumpil dan rosak serta barang dalam rumah berselerak.

Pemeriksaan lanjut mendapati satu laras senapang patah jenis Steven No. Siri M16 milik pengadu yang disimpan dalam bilik tidur dan satu tong gas warna kuning di dapur telah hilang, disyaki dicuri oleh individu tidak dikenali.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha