ARTIKEL

RAMPAS… Polis merampas barang serta peralatan yang disyaki digunakan dalam kejadian semalam.

Suspek Positif Dadah Bakar Pintu Gereja di Miri Ditahan Polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun ditahan polis selepas dipercayai membakar pintu Gereja St. Dominic and The Rosary di Taman Tunku, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu, berkata suspek ditahan di kawasan Taman Tunku bersama pakaian serta peralatan yang disyaki digunakan dalam kejadian itu.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek direman selama empat hari sehingga 24 Mac 2025 bagi siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Polis meminta orang awam menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dengan menghubungi balai polis berdekatan atau talian 085-433730.

Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih mengenai kejadian ini.

Keadaan pintu gereja yang dibakar.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan