ARTIKEL

S’wak-China bincang bangunkan ladang tenusu di Kapit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing menerima kunjungan hormat daripada Konsul Jeneral China di Kuching Cheng Guangzhong di sini, semalam.Turut bersama dalam kunjungan hormat itu Timbalan Konsul Jeneral China Zhang Yang dan Konsul (Ekonomi dan Komersial) Li Wangyuan.

Menurut siaran medianya, Masing juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan berbincang mengenai kemungkinan pembangunan perladangan tenusu di Sungai Tunoh, Kapit.

Menurutnya, perladangan tenusu itu serupa dengan kawasan pedalaman di Mongolia yang mana industri perladangan tenu-su berkembang maju dan berjaya menghasilkan susu berkualiti tinggi.

Masing turUt berbincang berkongsi maklumat mengenai pembangunan ekopelancongan di kawasan Sungai Tunoh.

Justeru, beliau mengalu-alukan delegasi dari China untuk me-lawat kawasan berkenaan untuk kajian pembangunan.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU