ARTIKEL

S’wak giat bina bakat baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak sedang membina bakat baharu tempatan untuk membolehkan negeri ini menyertai industri teknologi tinggi, khususnya dalam sektor reka bentuk litar bersepadu (IC).

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia sekali gus menangani kekurangan tenaga mahir kerana Sarawak memerlukan sekitar 500 jurutera pereka IC untuk bekerja dalam industri berteknologi tinggi tersebut.

Justeru, menurutnya kerjasama antara Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) melalui Semikonduktor Reka Bentuk Mikroelektronik Sarawak (SMD) dengan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS), Sarawak Skills, Melexis dari Belgium, X-Fab (Sarawak) dari Jerman dan Cadence dari Lembah Silikon, Amerika Syarikat itu merupakan satu pencapaian baharu bagi negeri ini dalam membina bakat tempatan untuk menyertai industri teknologi tinggi.

“Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi Ekonomi Digital Sarawak; Pembangunan Bakat dalam Semikonduktor dan Reka Bentuk Cip ini merupakan titik permulaan untuk menjadikan Sarawak sebagai salah satu hab reka bentuk IC terkemuka di rantau ini.

“Dalam masa yang sama, ia bertujuan untuk membangunkan modal insan dan mengembangkan bakat tempatan dalam bidang semikonduktor dan pembangunan reka bentuk cip,” katanya pada majlis pemeteraian MOU tersebut, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, reka bentuk cip baharu diperlukan dan sangat penting untuk transformasi berterusan industri automotif, daripada bahan api fosil kepada kenderaan elektrik (EV) dan juga kenderaan hidrogen.

“Malah saya rasa ia tidak hanya terhad untuk automotif, tetapi juga diperlukan dalam sektor lain seperti maritim dan kesihatan berikutan peralihan kepada tenaga hijau dan boleh diperbaharui.

“MOU ini juga mempamerkan semangat berpasukan untuk kami melatih anak muda Sarawak khususnya dan rakyat Malaysia amnya, dengan pengetahuan dan kemahiran betul untuk memenuhi ekonomi baharu bagi tenaga boleh diperbaharui dan produk yang dihasilkan daripada tenaga hijau ini,” jelasnya.

Tegasnya, Sarawak perlu menyediakan ekosistem yang komprehensif dengan membangunkan modal insan dan memupuk pembangunan bakat yang selaras dengan objektif strategik Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 Sarawak (PCDS) 2030.

“Selain untuk meningkatkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK), sektor pembuatan melalui pembangunan modal insan ini juga menyumbang kepada ekonomi Sarawak menjelang 2030,” ujarnya.

Sementara itu dalam kenyataan, SMD Semiconductor berkata MEITD melancarkan program Transformasi Ekonomi Digital Sarawak; Pembangunan Bakat dalam Semikonduktor dan Reka Bentuk Cip pada September depan dengan projek perintis pertama ‘melatih pelatih’ dijadualkan bermula pada bulan yang sama.

Program ini bertujuan untuk melatih 44 pelatih dalam reka bentuk IC setiap tahun, 44 pelatih dalam fabrikasi wafer, 10 pelatih dalam ujian wafer dan akhirnya memilih lima calon untuk program ijazah sarjana atau PhD.

Sasaran itu termasuk mengupah 220 siswazah reka bentuk IC, 220 siswazah fabrikasi wafer dan 50 jurutera ujian wafer dalam tempoh lima tahun, serta mempunyai 10 siswazah sarjana atau PhD menyertai tenaga kerja kejuruteraan dalam Reka Bentuk IC.

Empat kursus ditawarkan iaitu IC Design, IC Layout, Wafer Testing, dan Wafer Fabrication dengan menawarkan siswazah peluang mengisi kekosongan kerja bernilai tinggi dalam semikonduktor dan reka bentuk IC, yang bermaksud penempatan pekerjaan terjamin.

Sarawak turut mengalualukan pemain industri dari luar negara untuk mengembangkan perniagaan mereka di negeri ini.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Projek SADV manggai 89 peratus tembu

KUCHING: Projek Kampung Digital Sungai Asap (SADV) ti ngaul pengawa ngelekat tali gentian optik sepemanjai 140 kilometer di Sungai Asap enggau Apau Koyan diatu udah

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi