ARTIKEL

ANUGERAH... Dennis Ngau menerima anugerah Kecemerlangan dalam Kepimpinan Lembaga Pelancongan Negeri 2025 pada Anugerah Pelancongan dan Hospitaliti Asia 2025–2026 di Hotel Berjaya Times Square.

S’wak peneraju industri pelancongan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejayaan Sarawak meraih pengiktirafan Kecemerlangan dalam Kepimpinan Lembaga Pelancongan Negeri 2025 membuktikan negeri ini semakin menyerlah sebagai antara peneraju industri pelancongan di rantau Asia.

Pengiktirafan ini diterima pada Anugerah Pelancongan dan Hospitaliti Asia 2025–2026 yang berlangsung di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Anugerah ini mencerminkan kecemerlangan sektor pelancongan Sarawak serta kedudukannya di peringkat antarabangsa sebagai antara destinasi utama Malaysia dan hab kemasukan utama Borneo sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak Datuk Dennis Ngau berkata, pengiktirafan ini merupakan hasil usaha kolektif seluruh ekosistem pelancongan Sarawak.

“Ini termasuk kerajaan negeri, pemain industri, komuniti tempatan dan pihak berkepentingan serta rakan media dalam memperkukuh industri pelancongan negeri.

“Pembangunan sektor pelancongan Sarawak ini sentiasa berpaksikan keaslian, kelestarian dan pemeliharaan budaya serta pengalaman bermakna kepada pengunjung.

“Pengiktirafan ini membuktikan hala tuju pelancongan Sarawak terus mendapat perhatian di peringkat serantau hasil perancangan teliti menerusi Strategi Pembangunan PascaCOVID-19 2030,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, Sarawak kekal komited menyokong aspirasi TMM 2026 menerusi pengukuhan produk pelancongan, kerjasama antarabangsa serta penambahbaikan jaringan perhubungan.

“Sarawak juga mahu terus dikenali sebagai destinasi pelancongan yang menitikberatkan budaya, kelestarian, komuniti dan pelibatan global,”ujarnya.

Dalam pada itu, Sarawak terus meraih perhatian antarabangsa menerusi pelbagai produk pelancongan serta acara ikonik bertaraf dunia seperti Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia dan Sidang Kemuncak Belia, Hutan Hujan.

Acara ini membantu meletakkan Sarawak sebagai platform utama pertukaran budaya, perbincangan kelestarian, pelibatan belia dan pelancongan berasaskan pengalaman di rantau ini.

Untuk rekod, Anugerah Pelancongan dan Hospitaliti Asia (ATH) 2025–2026 dianjurkan oleh TIN Media yang memasuki edisi kedua penganjurannya bersempena Minggu Hospitaliti MAH 2026 serta Ekspo Pembekal Hospitaliti 2026.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU