ARTIKEL

S’wak United II benam Serian FA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SKUAD Sarawak United FC II (SUFC II) memulakan kempen Liga Bola Sepak Perbadanan Sukan Sarawak (SSC)/Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) 2021 dengan ‘langkah kanan’, mengalahkan Serian FA 3-0 di Stadium Negeri, Petra Jaya, Kuching Sabtu lalu.

Penyerang handalan kelahiran Daerah Sadong Jaya, Mohammad Zharmien Ashraf Ismail mencuri tumpuan selepas meledakkan dua gol, pada minit ke-53 dan 72.

Satu lagi gol dijaringkan oleh Alphonsus Joseph pada minit ke-44.

Aksi seimbang diperagakan kedua-dua pasukan sepanjang tempoh 30 minit pertama. Namun, skuad Serian FA yang baru dibentuk dua minggu lalu hilang punca selepas itu.

“Syabas kepada semua pemain SUFC II. Pada awal saingan kami diberi tentangan sengit, namun tekanan tersebut berjaya diatasi,” ujar pengurus SUFC II, Phillip Jabu kepada Arena Suara Sarawak.

ABDUL KARIM melakukan sepak mula di Stadium Negeri Petra Jaya Kuching.

Manakala jurulatih Serian FA, Makri Lonchen mengakui kurangnya tahap kecergasan menjadi punca kekalahan.

“Pemain telah memberikan persembahan terbaik sepanjang saingan, cuma tahap kecergasan masih di bawah tahap sebenar,” jelas Makri.

SUFC II dan Serian FA berada dalam zon Selatan bersama Kuching FC II dan Samarahan.

Manakala Zon Ttengah terdiri daripada Sibu, Sarikei, Betong, Sri Aman dan Kapit

Manakala Zon Utara ialah Miri, Bintulu, Mudah dan Sibu. Saingan semua zon akan berlangsung Sabtu depan.

Sepak mula kejohanan disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

 

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu