ARTIKEL

Datuk Syafinaz Selamat

Syafinaz nasihat penyanyi elak meniru suara orang lain

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kecenderungan penyanyi mengejar tawaran persembahan tanpa mengambil kira tahap kesihatan suara menuntut kesedaran lebih serius terhadap penjagaan vokal, kata penyanyi dan guru vokal popular, Datuk Syafinaz Selamat.

Beliau berkata vokal merupakan instrumen yang sangat mudah rosak jika dipaksa secara berterusan, sekali gus berisiko mengalami kerosakan yang tidak boleh dipulihkan.

“Jika vokal dipaksa terlalu kuat, risiko kerosakan kekal memang wujud.

Semua pihak perlu memahami keperluan rehat dan had fizikal penyanyi.

“Jika perlu berehat, maka penyanyi perlu berehat.

Menjaga kesihatan suara ialah prasyarat penting bagi kelangsungan kerjaya seni yang panjang dan konsisten,” katanya kepada Bernama.

Mengulas identiti suara, pelantun lagu Ingin Bersamamu itu berkata setiap penyanyi perlu memiliki identiti tersendiri yang membezakan mereka daripada orang lain.

Menurut beliau, identiti suara bukan sekadar bunyi yang sedap didengar, sebaliknya mencerminkan keunikan dan personaliti seseorang artis kerana tanpa identiti yang jelas, pendengar sukar mengenali atau mengingati penyanyi, malah suara mereka mungkin kedengaran seperti meniru orang lain.

“Jika kita menutup mata dan mendengar, kita sepatutnya tahu itu suara siapa.

Pernah ada suatu ketika ramai mahu menjadi seperti Siti Nurhaliza, namun apabila didengar, ia bukan suara Siti Nurhaliza.

“Penyanyi pop juga kadang-kadang meniru suara penyanyi asal sesuatu lagu.

Jadi persoalannya, siapakah diri anda sebenarnya? Hari ini meniru Mariah Carey, esok meniru P. Ramlee.

Kita mahu tahu identiti sebenar penyanyi itu,” katanya.

Beliau berkata identiti suara juga berfungsi sebagai tanda pengenalan yang membantu seseorang penyanyi dikenali oleh pendengar. — BERNAMA

BERITA LAIN

ANZALNA NASIR titip doa buat AMIRA

Pelakon Anzalna Nasir turut menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran rakan baiknya, pelakon dan penyanyi Amira Othman. Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Anzalna meluahkan

BERITA TERBARU