ARTIKEL

Syarikat perabot besi didakwa gagal bayar cukai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebuah syarikat perabot besi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas empat pertuduhan lewat mengemukakan penyata cukai jualan negeri dan gagal membayar cukai.

Syarikat yang diwakili salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Salleh Arif Obeng, 58, mengaku tidak bersalah selepas empat pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Maris Agan dan Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad.

Bagaimanapun, mahkamah memutuskan syarikat berkenaan dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin tempatan bagi setiap pertuduhan.

Kedua-dua kesalahan tersebut masing-masing didakwa dilakukannya pada 1 Februari 2019 dan 1 Oktober 2019 di tempat sama.

Dua pertuduhan bagi kesalahan tersebut dibuat mengikut Seksyen 26(1) Akta Cukai Jualan 2018 (Akta 806) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 26(7) Akta sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 5 Januari 2022.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa JKDM Masdi Umar sementara syarikat berkenaan tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha