ARTIKEL

Syawal dalam tugas: PDRM kekal teguh jaga keamanan negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menzahirkan penghargaan kepada anggota yang bertugas semasa perayaan Aidilfitri bagi memastikan rakyat dapat menyambutnya dalam suasana aman dan harmoni.

Beliau berkata komitmen dan dedikasi pegawai serta anggota polis terutamanya yang menjaga sempadan dan kawalan trafik dalam memastikan keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat tetap terpelihara amatlah dihargai dan dikagumi.


“Saya amat memahami bahawa tugas ini bukanlah mudah. Ketika rakyat bergembira menyambut lebaran bersama keluarga, anda tetap menjalankan amanah memastikan keselamatan negara terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Razarudin turut merakamkan penghargaan kepada keluarga anggota yang terpaksa berjauhan pada musim perayaan, sambil menegaskan bahawa sumbangan mereka tidak akan dilupakan.


“Kepada keluarga anggota yang berjauhan, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan pengorbanan mereka,” katanya.


Beliau turut mendoakan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikurniakan kesihatan dan keselamatan dalam menjalankan amanah serta berharap Syawal ini membawa keberkatan dan kegembiraan walaupun dalam keterbatasan tugas. -BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha