KOTA SAMARAHAN: Gabungan kudrat barisan jurulatih yang berada dalam Akademi Bola Sepak Remaja Samarahan (SYFA) bagi membentuk kredebiliti pemain dua skuad berbeza iaitu bawah 14 dan 16 tahun yang diharap mampu menjelma sentuhan magis.
Sekali gus, menjadi penanda aras terbaik akademi berkenaan dalam mencipta kejutan pada Kejohanan Bola Sepak Tertutup Remaja Petronas 2025.
Setiausaha Agung SYFA, Abdul Muhtalip Tegak memberitahu, pihaknya akan mempertaruhkan dua pasukan iaitu bawah 14 dan 16 tahun dalam kejohanan itu kelak.
“Kita akan mempertaruhkan dua pasukan terbabit pada kejohanan itu kelak.
“Apa yang pasti pemain yang diberi tanggungjawab beraksi dalam kejohanan itu disuntik semangat mereka oleh barisan jurulatih yang diketuai bekas penyerang prolifik Sarawak, Kamaluddin Taha,” ujar Muhtalil kepada Arena Suara Sarawak.
Ketika ini kata Muhtalip, barisan pemain muka fokus kepada persiapan dilakukan jurulatih masing-masing.
Kejohanan itu akan berlangsung dari 26 hingga 30 Julai depan di Bandaraya Kuching.


