ARTIKEL

SYURGA ITU BUKAN MUDAH

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

»DRAMA Syurga Itu Bukan Mudah terbitan Global Station Sdn Bhd diarahkan oleh Eyra Rahman menggandingkan Amir Ahnaf dan Anna Jobling selaku teraju utama.

Drama ini mengisahkan Aileen (Anna Jobling), wanita yang mempercayai bahawa cinta dan kesetiaan kepada suami merupakan kunci ke syurga. 

Dia disatukan dengan Farid (Amir Ahnaf) — digambarkan sebagai suami yang sempurna dari segi agama dan tanggungjawab keduniaan, namun ia bukan identitinya sebenar. 

Tingkah laku jahat Farid mengubah kehidupan perkahwinan mereka menjadi seperti “neraka”. Ia mendatangkan lebih banyak rintangan dan cabaran kepadanya selepas merungkai sisi gelap suaminya yang terlibat dengan kumpulan — Alpha Male Society.

Syurga Itu Bukan Mudah menghiasi slot MegaDrama mulai 4 Disember setiap Isnin hingga Khamis, 10 malam di Astro Ria. Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi