MIRI: Tabung Amanah Pewarisi Haji Solhi turut tampil menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa tanah runtuh di di sini hari ini.
Penaung tabung tersebut, Datuk Sharbini Suhaili berkata, bantuan ini diharapkan mampu meringankan beban mangsa yang terjejas akibat bencana yang melanda.

“Objektif kami adalah untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan, terutamanya dalam situasi bencana seperti ini.
“Kami berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan kepada mangsa bencana yang kehilangan tempat tinggal akibat musibah yang melanda,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.
Sumbangan tersebut telah diserahkan sendiri oleh beliau kepada mangsa yang terlibat sambil disaksikan oleh pengerusi tabung berkenaan, Alimin Solhi, di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Bulan Sabit Merah di sini, hari ini.
Banjir besar yang melanda Sarawak pada penghujung Januari lalu terus meninggalkan kesan mendalam, terutamanya bagi mereka yang terjejas.
Dalam semangat solidariti yang tinggi, pelbagai pihak telah menghulurkan bantuan, termasuk Tabung Amanah Pewarisi Haji Solhi, sebuah badan kebajikan yang ditubuhkan oleh keluarga Allahyarham Solhi Edin.
Tabung Amanah Pewarisi Haji Solhi telah diwujudkan untuk menyediakan bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan.
Ini termasuk keperluan kewangan bagi pendidikan, kejadian bencana dan sebagainya.



