ARTIKEL

FOTO: FREEPIK.COM

Tabung kecemasan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RAKYAT Malaysia diingatkan untuk merancang perbelanjaan dan mengamalkan sikap berjimat cermat sebagai langkah persediaan ketidaktentuan ekonomi global.

Kesan ekonomi berantai berlaku berikutan ketegangan konflik antara Iran dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Ratusan kapal terkandas sebelum ini di Selat Hormuz cukup menjadikan dunia ‘cemas’ apabila beberapa negara besar turut terkesan dengan krisis bekalan minyak.

Situasi ini tidak hanya melibatkan peningkatan harga minyak, tetapi rantaian produk atau perkhidmatan melibatkan sumber tersebut turut terdedah dengan peningkatan harga. Setakat ini Malaysia dilihat mampu bertahan, namun terpaksa menampung beban subsidi yang sangat tinggi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, kerajaan k etika ini menanggung subsidi bahan api yang tinggi sebanyak kira-kira RM6 bilion sebulan bagi memastikan harga seperti RON95 kekal rendah berbanding negara lain.

Sekiranya krisis ini berterusan, jumlah tersebut boleh mencecah RM60 bilion dalam tempoh 10 bulan.

Walaupun perang tamat, menurut Emir Qatar, kerjakerja pembaikan minimum memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun bagi membolehkan operasi gas dijalankan semula, manakala untuk mencapai prestasi penuh dijangka mengambil masa antara tiga hingga lima tahun.

Justeru, kita juga perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk memiliki tabung kecemasan.

Tabung kecemasan ialah simpanan sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan gaji atau pendapatan.

Tabung ini penting untuk kegunaan dalam situasi kecemasan yang mendesak.

Sebagai contoh, membayar sewa rumah atau bil perubatan yang tinggi.

Situasi paling ketara berlaku ketika pandemik COVID-19 yang memaksa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga ada yang diberhentikan kerja.

Tanpa tabung kecemasan, seseorang mungkin terpaksa berhutang untuk menampung perbelanjaan yang tidak dijangka. Oleh itu, tabung memberi keupayaan untuk menghadapi situasi yang tidak dijangka tanpa perlu bergantung kepada pinjaman atau bantuan kewangan luar.

Pastikan tabung ini digunakan untuk situasi kecemasan sahaja kerana ia juga boleh dijadikan sebagai persediaan hari tua.

Bank Dunia mengunjurkan negara ini berstatus negara menua dengan 14 peratus penduduk berusia 65 tahun ke atas menjelang 2040.

Justeru, kedudukan ekonomi hari ini akan menentukan keselesaan kita pada hari tua.

Selain itu, memiliki tabung kecemasan membolehkan kita hidup lebih tenang.

Kita akan lebih bersedia dan yakin menghadapi cabaran yang mendatang tanpa perlu bimbang dengan bil.

Kita tidak perlu berhutang yang boleh mengganggu pendapatan bulanan.

MULA MENABUNG

Anda pasti pernah mendengar kaedah asas penyusunan bajet, iaitu memperuntukkan 45 peratus pendapatan untuk keperluan, 35 peratus untuk komitmen dan 20 peratus untuk simpanan.

Pastikan setiap kali menerima gaji, asingkan 20 peratus di mana-mana tabung pilihan anda. Contohnya tabung simpanan biasa dan tabung kecemasan.

Rancang perbelanjaan mengikut jumlah pendapatan yang diterima atau merangka bajet mengikuti formula yang ditetapkan.

Teknik ini menjadikan tabung sebagai keperluan bulanan dan memerlukan disiplin untuk konsisten.

Sekiranya mampu, tambah satu jenis tabungan lain khas untuk hiburan – boleh dikeluarkan untuk hiburan tanpa menganggu komitmen yang lain.

Sekiranya terdapat lebihan, simpan terus di dalam manamana tabung anda.

Lakukan tambah simpanan secara sukarela di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Kawal diri daripada berbelanja melebihi kemampuan.

Perbelanjaan yang lebih tinggi daripada pendapatan mendorong seseorang berhutang sehingga sukar untuk menabung.

Situasi ini dapat membuatkan kita keluar daripada situasi kitaran kemiskinan – terpaksa menunggu gaji seterusnya untuk meneruskan kehidupan.

Justeru, dua perkara utama yang harus dilakukan ialah kurangkan perbelanjaan tidak penting dan elak berhutang atau langsaikan hutang.

Kenal pasti perbelanjaan yang boleh dikurangkan atau dielakkan seperti makan di luar.

Dengan mengurangkan perbelanjaan ini, anda boleh menyalurkan lebih banyak lebihan wang ke dalam simpanan atau pelaburan. Jangan biarkan diri kita terperangkap dalam kitaran kemiskinan.

Rancang perbelanjaan setiap bulan untuk mengesan pembelian atau aktiviti tidak perlu.

Jangan cukup selesa dengan tabungan di KWSP. Ada situasi warga emas yang habis sekelip mata tabungan KWSP disebabkan kos rawatan di hospital.

Jangan bebankan hari tua kita dengan kemiskinan atau mengharapkan pemberian anak.

BERITA LAIN

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

Jambatan mudahkan perjalanan pulang

Setiap kali musim perayaan tiba, perjalanan pulang ke kampung menjadi antara perkara yang paling dinantikan, terutama bagi mereka yang bekerja jauh dari kampung halaman. Namun,

BERITA TERBARU