ARTIKEL

Tahanan lolos lokap Balai Polis Tapah dituduh di mahkamah.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Seorang lelaki warga Indonesia yang ditangkap semula pada Rabu lepas setelah lolos dari lokap Balai Polis Tapah dituduh di Mahkamah Kuching, hari ini, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata.

Bercakap kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Bau, di sini, beliau berkata, suspek berumur 21 tahun dituduh di bawah Seksyen 224 Kanun Kesalahan.

Katanya, kesalahan tersebut boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, suspek tersebut ditahan di kawasan kolam pancing di Jalan Kuching-Serian, kira-kira jam 9 pagi, hasil maklumat orang awam.

Sementara mengulas mengenai perkembangan pencarian seorang lagi suspek Indonesia yang masih lolos, Mancha berkata pihaknya berusaha untuk mengesan suspek tersebut.

“Ekoran daripada itu, kita masih teruskan Op Kesan yang memasuki hari kesembilan ini dan sektor pencarian diperluaskan.

“Radius pencarian kita masih lima kilometer, cuma hari ini kita anjakkan sektor pencarian sehingga ke Tapah, Beratok hingga ke Siburan,” katanya.

Tambahnya, pasukan pencarian masih mencari petunjuk untuk mengetahui keberadaan suspek sama ada dalam sektor pencarian ataupun telah keluar dari radius tersebut.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah